.

Wednesday, April 28, 2010

INSERT

STANDARD / COOLABABY INSERT

(3 layer microfiber extra absorbency cloth)

RM10/pc

Tuesday, April 27, 2010

Cloth Diapers / Kain Lampin Moden Murah dan Mudah lagi Menjimatkan:)


Cloth Diapers (CD) menjadi pilihan bagi mereka yang mahukan sesuatu yang berkualiti dan selamat kepada anak kesayangan serta sangat menjimatkan. Ciri-ciri CD adalah :

  • Fit baby weight from 3 Kg to 13 Kg
  • Easy to adjust waist and leg
  • Super absorbent 3 layer inserts fixed in the diaper
  • Soft inner fleece to make baby feel good
  • Waterproof of outer PUL to prevent leakage
  • Made of 100% Polester
  • Easy to adjust different size for any age of baby

KELEBIHAN CD

Cloth Diaper diperbuat daripada 100% Kain Cotton, ia mudah dicuci dan selamat untuk digunakan oleh bayi anda. Antara Kelebihan Cloth Diapers seperti:

• Kesihatan Kulit bayi dan kesihatan bayi - penggunaan lampin kain Moden boleh mengurangkan risiko ruam lampin dari 78% (kes ruam pada 1991) kepada 5% (kes ruam pada 1995).
• Menjimatkan wang - Penggunaan lampin kain moden adalah menjimatkan wang dalam jangka masa panjang.
• Mesra Alam - Daripada kajian, lampin pakai buang menyumbang sebagai sampah ketiga terbesar dunia dan ianya mengamil masa sehingga 500 tahun untuk mereput.
• Latihan buang air sendiri - Menurut kajian dalam Wall Street Journak, 4 May 2000, pemakian lampin pakai buang telah menyebabkan bayi lewat belajar membuang air sendiri 6 bulan dari yang sepatutnya.
• AntiBakteria secara semulajadi - fabric buluh secara semulajadinya mempunyai elemen yang menentang pembiakan bakteria.
• Fabrik buluh menyerap lebih 60% banyak daripada fabrik kapas dari kuantiti yang sama.
• Fabrik buluh juga dapat melindungi dari sinar Ultra Violet (UV), tahan lasak dan mewah untuk bayi.
• Penyelenggaraan yang mudah - ianya boleh dibasuh dan dikeringkan dalam mesin basuh.


Tahukah Anda apa yang ada dalam Lampin Pakai Buang yang penggunaanya sangat meluas ketika ini? Antaranya seperti:

• Diaoxin - Sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser, kecacatan kelahiran, kerosakan limpa, penyakit kulit dan kerosakan genetik. Bahan ini disenaraikan oleh EPA sebagai bahan yang mempunyai banyak toksik (beracun). Diaoxin diharamkan di banyak negara, tetapi tidak di USA (Syarikat pengeluar Disposable Diaper utama dunia).

• Tributyl-Tin (TBT) - Boleh menyebabkan masalah hormon yang serius kepada manusia dan haiwan. Ia boleh merebak melalui kulit walaupun dalam kuantiti yang kecil.

• Sodium Polyacrylate - Boleh dilihat sebagai sejenis gel. Juga merupakan sejenis bahan yang banyak toksik (beracun). Polimer ini menyebabkan alergi teruk seperti muntah, infection dan demam.


JADUAL PENJIMATAN :

A. Purata kos pembelian Lampin Pakai Buang
(Berdasarkan penggunaan maksima sebanyak 6 helai sehari bagi seorang bayi)
i RM0.50 X 6 helai X 30 hari = RM90.00 sebulan
ii RM90.00 X 12 bulan = RM1,080.00 setahun
iii RM1,080.00 X 3 tahun = RM3,240.00

(3 tahun adalah umur ideal bagi bayi tidak lagi menggunakan sebarang lampin
dan sepatutnya telah mahir membuang air sendiri)

B. Kos bagi pembelian 20 helai lampin kain moden
(20 helai adalah jumlah yang disyorkan)
RM30.00 X 20 helai = RM600.00

C. Penjimatan:
RM3,240.00 – RM600.00 = RM2,640.00


JADUAL PENGGUNAAN CD :

Masa Penggunaan
7AM – 10 AM : 1 INSERT
10AM – 1 PM : 1 INSERT
1PM – 4 PM : 1 INSERT
4PM – 7PM : 1 INSERT
7PM – 12PM : 2 INSERT
12PM – 7AM : 2 INSERT

Jumlah penggunaan sehari adalah 6 poket CD & 8 insert sehari . Walaubagaimanapun penggunaan bergantung kepada kekerapan bayi membuang air kecil dan besar.

(Sesuai untuk bayi yang berusia 2 bulan ke atas)
*Untuk bayi berusia 2 bulan ke bawah, tukarkan CD 2-3 jam sekali


CARA MEMBASUH CD

- Bagi CD yang baru, prewash 2-3 kali sebelum guna tanpa
menggunakan sabun (ELAKKAN softener dan kandungan enzim). Ini adalah untuk menambah baik penyerapan fabrik
- Untuk basuh CD yang telah digunakan, semburkan air ke atas inner yang terkena najis dan buang semua najis ke dalam mangkuk tandas, bilas sehingga hilang bau. Jika warna
kuning masih ada?? Jangan risau, serahkan tugas tu kepada mesin basuh.
- Masukkan CD ke dalam baldi untuk sesi basuhan.
- Semasa sesi basuhan, masukkan kesemua CD ke dalam mesin basuh. Gunakan laundry net untuk menjaga jahitan CD.
- Kemudian jemur seperti biasa. Paling baik di bawah cahaya matahari kerana kesan kunin akan hilang dengan sendirinya.
- Selepas kering, angkat dan masukkan insert ke dalam pocket pant untuk memudahkan pemakaian selepas itu.


STRIP WASH
( Strip wash ini hanya boleh dilakukan sekali-sekala)

1. Strip wash dilakukan apabila CD telah mula leaking. Leaking ni terjadi kerana lapisan minyak terkumpul dipermukaan insert.
2. Basuh CD menggunakan sabun pencuci pinggan. Cth : sunlight.
3. Letak sedikit sabun pada insert/cd dan tenyeh2.
4. Bilas dan masukkan kedalam mesin utk dicuci.
5. Bilasan terakhir, letak sedikit soda bikarbonat.(memutihkan insert)
6. Apabila proses strip wash dilakukan, kemungkinan masalah leaking dapat diatasi.


JADUAL PEMBASUHAN CD

Anggaran 20 keping CD. Jadual sebagai
panduan sahaja bergantung kepada pilihan sendiri. 3 hari sekali basuh..sungguh mudah kan??

HARI

JUMLAH CD BERSIH

JUMLAH USED CD

STATUS BASUHAN CD

PERTAMA

20

6

6

KEDUA

14

6

12

KETIGA

8

6

18




PETUA-PETUA

  • Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan poo-poo) sekiranya ada. Andaikata CD tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. Simpan tidak boleh lebih dari 3 hari
  • Bagi insert pula, sekiranya sudah lama digunakan dan nampak kekuningan, boleh perahkan limau nipis pada insert yang basah dan tinggalkan seketika sebelum dibasuh, ataupun boleh campurkan sedikit soda bikabonat semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan dengan sedikit cuka tetapi JANGAN dibuat pada cloth diaper kerana cuka boleh merosakkan PUL (material sebelah luar cloth diaper) yang boleh mengakibatkan kebocoran. Jangan risau, kekuningan ini juga boleh hilang apabila dijemur ditengah panas matahari atau pun setelah 'insert' dibasuh berulang kali. Matahari adalah peluntur yang terbaik juga.
  • Sebulan sekali, lakukan 'stripping' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih supaya 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik.
  • Biasanya apabila CD sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi cloth diaper, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece'.
  • Pastikan CD dan insert dijemur di bawah matahari untuk memastikan ianya kering dengan baik.